CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9854|Reply: 0

[Selangor] Marah tak diajak pergi kenduri punya pasal

[Copy link]
Post time 21-1-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode

TILAM dan bantal yang dibakar suspek. FOTO ihsan polis

Ampang Jaya: Hanya kerana tidak dibawa bersama ke majlis perkahwinan anak saudara, seorang lelaki gagal mengawal kemarahannya apabila membakar tilam dan batal di dalam bilik kediaman di Taman Pandan Mewah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, isteri suspek berusia 57 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci tiba di rumah pada jam 9 malam terhidu bau terbakar di dalam rumahnya.

Menurutnya, selepas membuat pemeriksaan, dia mendapati tilam dan bantal dalam bilik dibakar oleh suspek menggunakan pemetik api namun ketika dia tiba, api sudah dipadam oleh suspek.

"Susulan itu pada jam 10.10 malam, polis menahan lelaki berusia 61 tahun di kawasan Taman Pandan Mewah.



"Polis membuat rampasan pemetik api bagi membantu siasatan. Hasil ujian air kencing terhadap suspek dapati negatif dadah dan suspek tiada rekod lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati punca suspek marah kerana isterinya ke Kajang tanpa membawa dia untuk hadir majlis perkahwinan anak saudara.

"Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 23 Januari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan merujuk kepada khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kenduri-punya-pasal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.216063 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list