View: 6356|Reply: 0
|
MotoGP: Marquez harap kembali temui ‘keseronokan’
[Copy link]
|
|
MARQUEZ diperkenal sebagai pelumba baharu Gresini Racing pada sesi pengenalan jentera awal pagi semalam. - FB MOTOGP
LONDON – Juara enam kali MotoGP, Marc Marquez berharap dia mampu kembali menemui keseronokan sewaktu berada di atas jentera selepas berhijrah menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing.
Bagaimanapun, Marquez menyatakan bahawa dia ‘tidak boleh berpura-pura’ untuk menjangkakan kejayaan segera sebaik mengemudi jentera Gresini Ducati pada musim 2024.
Walaupun menemui perasaan yang baik pada jentera GP23 Ducati sewaktu sesi ujian lalu, Marquez enggan terburu-buru, malah membawa pendekatan realistik bersama pasukan satelit Ducati itu.
“Matlamat saya adalah untuk merasai kegembiraan sekali lagi di atas jentera motosikal dan mengalami sesuatu yang berbeza selepas tiga, empat musim yang mencabar.
“Biarpun sedikit pelik kerana sebelum ini saya telah bersama dengan Honda satu tempoh yang lama. Apapun, saya gembira dengan jentera baharu ini biarpun saya hanya melakukan 50 pusingan dengan jentera Ducati.
“Ketika ini semua meletakkan jangkaan terlalu tinggi buat saya tetapi sering saya katakan saya mahu kekal tenang bekerja dengan pasukan saya.
“Tenang bukan bermaksud saya tidak mahu dapatkan keputusan terbaik, tentu saja saya mahu memecut laju tetapi empat tahun terakhir adalah mimpi ngeri buat saya.
“Sememangnya saya tidak sabar dan saya seperti kanak-kanak yang memperoleh kasut baru. Sudah dua tahun tidak merasai kemenangan dan saya mahu bergerak dari satu peringkat ke satu peringkat,” katanya sewaktu pengenalan jentera awal pagi semalam. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -temui-keseronokan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|