CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12343|Reply: 0

[Selangor] Tiada guna merayu

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode

AZRIN Borhan memeriksa penunggang motorsikal dan pemandu kenderaan dalam satu ‘Ops Patuh Bersepadu’ di plaza tol Puchong Selatan. FOTO Fathil Asri

Subang Jaya: Seorang lelaki warga Pakistan yang memandu kenderaan milik syarikat merayu untuk dilepaskan selepas ditahan dalam operasi dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malam ini.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan di Plaza Tol Puchong Selatan apabila tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Ketika ditahan, seorang individu lain mendakwa wakil syarikat berkenaan cuba merayu anggota JPJ untuk melepaskan warga asing terbabit bersama van terbabit.

Bagaimanapun, tindakan individu berkenaan ternyata sia-sia apabila van itu disita untuk tindakan lanjut pihak JPJ.



Operasi sama turut menahan beberapa lelaki warga asing menaiki motosikal dan mendakwa kenderaan itu milik individu lain.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata, operasi bersepadu ini dijalankan secara serentak melibatkan dua lokasi iaitu Plaza Tol Puchong Selatan dan Plaza Tol Damansara.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan bermula jam 8.45 malam ini melibatkan kekuatan seramai 142 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ Selangor, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kakitangan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (Plus).

"Operasi ini melakukan pemeriksaan sebanyak 1,217 kenderaan antaranya kereta, lori, motosikal dan bas.

"Sebanyak 583 kesalahan dan notis saman dikeluarkan antaranya melibatkan tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen memandu perkhidmatan awam (PSV), tiada cukai jalan dan pelbagai kesalahan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Plaza Tol Puchong Selatan di sini, hari ini


Katanya, operasi ini adalah salah satu inisiatif JPJ Selangor untuk memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.

"Ia diadakan bagi memastikan pematuhan undang-undang berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipatuhi oleh pengguna.

"Selain itu, ia bagi memastikan piawaian teknikal dan keselamatan kenderaan yang digunakan dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 3/tiada-guna-merayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.637718 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list