CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3516|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lelaki tidak mengaku salah lempar helaian, cebisan al-Quran

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Ruzainis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas tuduhan melempar helaian dan cebisan al-Quran dalam satu kejadian di Felda Palong 6, Jempol, minggu lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

KUALA PILAH – Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan melempar helaian dan cebisan al-Quran di Felda Palong 6, Jempol pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Ruzainis Md Sin, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Mohd. Ruzainis didakwa melakukan perbuatan itu yang boleh mengaibkan agama di pada pukul 11.30 pagi, 20 Januari lalu di tepi jalan Pasar Khairat Kematian Felda Palong 6.

Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi mencadangkan jaminan RM10,000, namun tertuduh dalam rayuannya memohon mempertimbangkan jumlah tersebut kerana ibu bapanya tidak sihat dan ibu mahu menjaga mereka.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang penagih dadah ditangkap selepas dipercayai melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang telah dikoyakkan di tepi Jalan Besar Palong. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... n-cebisan-al-quran/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047237 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list