CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3928|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penempatan 600 warga asing diserbu di Seremban 2

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian warga asing yang diperiksan oleh JIM Negeri Sembilan sewaktu serbuan di rumah kedai di Seremban 2, malam tadi.

SEREMBAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menyerbu penempatan premis rumah kedai di Seremban 2, di sini, menempatkan lebih 600 warga asing dalam satu Operasi Bersepadu Siri 1/2024 di Seremban 2, di sini, malam tadi.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, dalam serbuan berkenaan sebanyak 628 warga asing dari tujuh negara diperiksa antaranya Indonesia, Bangladesh, Mynmar dan India berusia antara dua minggu hingga 51 tahun.

Menurutnya, dari jumlah tersebut sebanyak 110 warga asing ditangkap iaitu 91 lelaki dan 18 perempuan mengikut pelbagai kesalahan dengan pecahan negara iaitu 64 dari Myanmar; Indonesia (13); Bangladesh (10); Pakistan (sembilan); India dan Sri Lanka masing-masing enam orang serta Nepal (dua).

“Kita terima menerima maklumat dari orang awam dan hasil maklumat tersebut kita hantar pegawai buat risikan selama dua minggu lebih di kawasan ini. Aduan ramai keberadaan warga asing di kawasan ini. Kalau tengok tadi, 99 peratus di sini diduduki warga asing.

“Semasa serbuan juga kita dapati tempat ini dijadikan sebagai tempat penginapan, dalam satu rumah itu ada tujuh hingga lapan orang tinggal dan setiap unit itu dibuat partition (pembahagi ruang).

“Hasil pemeriksaan juga mendapati pemilik rumah memberi sewa kepada warganegara asing ini dengan kadar antara RM600 hingga RM800 satu rumah sebulan. Mereka dipercayai bekerja di sekitar ini kerana terdapat beberapa premis seperti pusat membeli-belah dan deretan kedai,” katanya kepada pemberita sempena Operasi Bersepadu Siri 1, di sini, malam tadi.

Ujar Kennith lagi, pihaknya bersama agensi lain dengan kekuatan 314 orang yang telah menyerbu di kawasan rumah kedai yang bahagian tingkat atasnya dijadikan rumah kediaman ataupun hostel bagi warga asing itu telah berdepan dengan insiden nekad melarikan diri oleh warga asing.

Katanya, sewaktu operasi tersebut, seorang warga Myanmar berusia 35 tahun dalam keadaan mabuk terjun dari tingkat dua bangunan sehingga mengalami kecederaan dan kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) bagi rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek asalnya adalah wanita dan disyaki memberi maklumt palsu jantina di dalam pasport sebagai lelaki. Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana masuk tanpa satu pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... erbu-di-seremban-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.115771 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list