CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6399|Reply: 0

[Selangor] Menyamar pegawai SPRM songlap cek masjid

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang Jaya: Helah seorang penganggur menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencuri cek di sebuah masjid Taman Kosas, di sini, terbongkar selepas ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga bendahari masjid berkenaan pada 22 Januari lalu.

"Menurut pengadu, dia didatangi seorang lelaki tempatan jam 2 petang pada 19 Januari lalu, dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM dan mendakwa terdapat masalah dalam pengurusan akaun masjid.

"Suspek kemudian meminta pengadu mengeluarkan buku cek untuk semakan dan pemeriksaan sebelum beredar.



"Kira-kira jam 3 petang, hari sama, pengadu menerima panggilan telefon daripada pihak bank memaklumkan terdapat cek bernilai RM30,000 cuba ditunaikan, namun ditolak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, semakan dilakukan pengadu mendapati tedapat cek hilang selepas pemeriksaan dibuat oleh suspek.

"Susulan itu, kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 1.35 petang, kelmarin, semasa tampil bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah manakala ujian awal air kencing dilakukan didapati postif dadah jenis methaphetamin," katanya.

Katanya, suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 27 Januari nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -songlap-cek-masjid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.260615 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list