CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8335|Reply: 0

[Melaka] Dua beradik teruja jumpa ‘atok’ Agong

[Copy link]
Post time 30-1-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Hanim bersama bapa mentua dan dua anaknya menyertai acara lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

KUALA LUMPUR – “Tak sabar jumpa ‘atok’ Agong”. Itu gelagat dua beradik yang teruja memeriahkan acara ‘state drive’ atau lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di sini.

Kanak-kanak tersebut, Hana Qaisara Khairul Zulfadli, 6, dan adiknya Qalish, 5, tiba di Jalan Parlimen di sini sejak pukul 8 pagi bersama ibu mereka, Hanim Zaini, 32, dan ditemani datuk, Khairul Anuar Ismail, 58.

Hanim berkata, dia sanggup mengambil cuti hari ini untuk membawa dua anak bertemu Al-Sultan Abdullah yang dipanggil ‘atok’ Agong.

“Kami tinggal di Pantai Dalam dan papa mereka pun memang sudah berjanji nak jumpa ‘atok’ Agong. Kami sering bawa mereka berjalan-jalan di Muzium Diraja di Istana Negara Lama memandangkan datuk mereka (bapa mentua) kakitangan di situ.

“Jadi hari ini mereka teruja nak berjumpa ‘atok’ Agong, nak lambai kepada baginda berdua,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik yang bermula dari Istana Negara dan kemudiannya di Dataran Parlimen sebagai simbolik tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... a-jumpa-atok-agong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.045960 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list