|
NORHISHAM SAMSUSAH bersama anak Arwah adiknya, Eusuf ketika di temui di Taman Soga, Batu Pahat hari ini.
BATU PAHAT – Dua peguam akan bertindak sebagai Peguam Pemerhati untuk perbicaraan kes pembunuhan arwah Mila Sharmilah Samsusah, 32, atau Bella yang akan bermula pada 19 Februari ini selepas bacaan pertuduhan pertama pada 24 Januari lepas.
Kakak kepada arwah, Norhisham Samsusah, 36, berkata, kedua-dua peguam itu, Aminatul Mardiah dibantu Hafidzah Hassan akan bertindak bagi memastikan siasatan kes dan perbicaraan terhadap tertuduh iaitu Mohammad Hailkal Mahfuz, 24, berjalan lancar.
“Ramai yang menawarkan khidmat bantuan guaman ini dan keluarga memilih mereka berdua berdasarkan kreteria perkhidmatan diberikan.
“Tawaran yang diberikan juga adalah percuma,” katanya ketika ditemui di rumah sewa arwah adiknya itu di Taman Soga di Batu Pahat hari ini.
Dalam pada itu, dua orang anak Bella, Eusuf, 4 dan Maream,1, kini berada dalam jagaan ibunya, Noraini Salleh, 54, selain dibantu seorang pengasuh.
Ujarnya, pada masa ini, hanya Eusuf sahaja yang kerap bertanya tentang kehilangan ibunya itu namun diberikan alasan keluar bekerja di tempat jauh.
“Dia cuma bertanya tentang ibunya ketika ahli keluarga berkumpul beramai-ramai dan sesekali tersebut pasal kisah Bella.
“Selepas 11 hari pengkebumian Bella, kami sekeluarga redha dengan ketentuan Ilahi namun agak terkilan dengan cara kematiannya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ntu-keluarga-bella/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|