|
SEBAHAGIAN daripada arak dan rokok tanpa cukai yang dirampas PGA, semalam. FOTO ihsan PDRM
Batu Pahat: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas polis menyerbu dua premis sekali gus merampas rokok tidak bercukai serta minuman keras termasuk dua kenderaan berjumlah RM667,728, semalam.
Serbuan dilakukan antara 6 petang hingga 6.30 petang di dua lokasi iaitu Taman Perdana, di sini,§ dan Taman Bukit Indah, Ayer Hitam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asi§sten Komisioner Ismail Dollah berkata, Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam menyerbu dua premis yang dijadikan stor penyimpanan arak dan rokok tidak bercukai.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan tiga individu terdiri dua lelaki dan seorang wanita berusia 32 hingga 60 tahun.
"Kesemua suspek yang ditahan adalah pemilik premis terbabit. Sejumlah 24,096 tin arak, 2,840 botol arak serta 18 karton rokok turut dirampas.
"Selain itu, polis turut merampas dua kenderaan dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM667,728," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek direman 10 hari bermula semalam sehingga 11 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rokok-tak-bercukai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|