View: 2582|Reply: 0
|
[Perak]
Misteri bangkai itik hanyut terjawab...
[Copy link]
|
|
PULUHAN bangkai itik ditemukan hanyut di kawasan rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai, di sini dengan bau meloyakan mengundang ketidakselesaan. FOTO tular
Ipoh: Puluhan bangkai itik hanyut di pusat rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai, di sini, hingga menimbulkan bau meloyakan sekali gus mengundang ketidakselesaan kepada pengunjung.
Kejadian dipercayai berlaku kelmarin turut tular di media sosial.
Pengguna akaun Facebook (FB) Izzat Ibrahim berkata, keadaan itu menjadi punca air sungai di situ berbau sangat busuk sekali gus membuatkan semua pengunjung beredar.
"Busuk betul air sungai Lubuk Timah, banyak bangkai itik lalu. Pengunjung yang ada semua beredar. Ada yang baru nak bakar-bakar ayam (barbeku) pun pergi," katanya menerusi pada hantaran video 'reels' FB.
Menurut hantaran itu, pihaknya ada bertanya kepada pekerja pembersihan sebelum dimaklumkan ia adalah kali pertama situasi sedemikian berlaku.
Dua hantaran lain di akaun FB Pusat Rekreasi Lubuk Timah menyatakan pengurus pusat rekreasi berkenaan sudah melaporkan kejadian ke Balai Polis Simpang Pulai.
"Aduan yang dibuat (di balai polis) sudah dipanjangkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), (Jabatan Perkhidmatan) Veterinar," katanya.
Sementara itu, sumber berkata, perkara berkenaan masih disiasat pihak berkuasa selain menyatakan pusat rekreasi berkenaan sudah dibuka semula seperti sedia kala.
Menurutnya, keputusan yang diperoleh daripada JAS mendapati air sungai di situ tidak tercemar, namun masih menunggu laporan dan siasatan daripada agensi berkaitan.
"Perkara itu sehingga kini masih dalam siasatan termasuk bagi mengetahui punca sebenar kejadian biarpun lokasi datangnya puluhan bangkai itik berkenaan sudah dikenal pasti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tik-hanyut-terjawab |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|