CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8479|Reply: 0

[Perak] Pekerja ladang beri Rohingya makan sebelum lapor imigresen

[Copy link]
Post time 5-2-2024 11:07 AM | Show all posts |Read mode

Seramai 13 pendatang asing tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor ditahan di ladang jambu di Kampung Senta. - Foto BERNAMA

TAPAH: Sekumpulan pekerja Indonesia memberi makanan dan minuman kepada 13 tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lalu, sebelum melaporkan kepada Jabatan Imigresen.

Warganegara Indonesia, Ali Manto, 42, dia dan rakan-rakan melihat tahanan Rohingya itu cuba mendapatkan perlindungan di rumah ladang jambu dekat Kampung Senta, petang kelmarin.

Katanya, mereka dalam keadaan lesu dan kelaparan.

"Kami terus memberi roti dan air. Kami yakin mereka tahanan yang dilaporkan melarikan diri dari depot.


"Kami biar mereka makan dahulu, sebelum melaporkan kepada imigresen," katanya ketika ditemui, semalam.

Ali bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran sejak 10 tahun lalu.

Seorang lagi pekerja dikenali John, 30, pula berkata, pada awalnya tahanan terbabit cuba menipu dengan mengaku sebagai pekerja ladang yang melarikan diri kerana ditipu oleh majikan.

Katanya, dia sudah mengetahui melalui media massa dan penduduk setempat terdapat tahanan dari depot berkenaan melarikan diri

"Mereka tidak banyak bercakap. Mereka kata sudah dua hari tidur dalam hutan," katanya.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seramai 131 tahanan dilaporkan bolos dari blok lelaki depot berkenaan.


Antara pendatang asing tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor ditahan di sebuah kebun jambu di Kampung Senta. - Foto BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... lum-lapor-imigresen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055593 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list