CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7234|Reply: 0

[Selangor] Mayat wanita ditemukan dalam kenderaan berkunci

[Copy link]
Post time 8-2-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Gombak: Mayat seorang wanita tempatan ditemukan dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) berkunci di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Kundang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 10.40 pagi.

"Sebuah jentera dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikerah ke lokasi kejadian.

"Komander operasi melaporkan terdapat Subaru XV terkunci dan terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, kerja membuka pintu dijalankan dan pihaknya sedang menunggu polis bagi tindakan seterusnya.

Katanya, mangsa seorang wanita tempatan berusia 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kenderaan-berkunci
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.500155 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list