|
Lokasi tiga remaja dipercayai lemas di Sungai Sempit, Segari di Manjung hari ini. - Foto IHSAN JBPM
MANJUNG – Tiga remaja dipercayai lemas ketika sedang mandi-manda serta memancing di Sungai Sempit, Kg. Tanjung Batu, Segari di sini petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.26 petang.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati tiga orang mangsa berbangsa India dipercayai lemas semasa sedang memancing dan mandi-manda di Sungai Sempit, Segari.
“Ketua operasi membuat ‘size up’ seterusnya mengaplikasikan konsep L.A.S.T dengan melaksanakan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan (surface searching. Bacaan air adalah 2.37 meter iaitu air pasang,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, dua daripada mangsa berusia 16 tahun manakala seorang lagi 14 tahun.
Tambah beliau, antara masalah dihadapi pihaknya adalah lokasi kejadian berada di kawasan ladang sawit, bahkan jaraknya dua kilometer dari jalan besar hanya sesuai dilalui kenderaan pacuan empat roda serta liputan Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) yang lemah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ng-mandi-memancing/ |
|