|
Batu Pahat: Penunggang motosikal melambung selepas merempuh kereta dipandu warga asing yang menukar laluan secara tiba-tiba di Kilometer 123.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah Yong Peng, dekat sini, semalam.
Insiden 1.45 tengah hari membabitkan kereta dan motosikal itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan mengubah laluan secara tiba-tiba dari kiri ke lorong kecemasan.
Katanya, penunggang motosikal yang datang dari belakang gagal mengelak lalu terlanggar kiri kereta berkenaan.
"Kejadian itu dimuat naik di media sosial pada 5.49 petang.
"Pemandu warga asing berusia 52 tahun itu sudah membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada 5.20 petang, manakala penunggang motosikal belum berbuat demikian.
"Kita harap penunggang terbabit tampil membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-tiba-tukar-laluan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|