CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8314|Reply: 0

[Selangor] Bukan bunga api, kebakaran akibat masalah pendawaian elektrik

[Copy link]
Post time 13-2-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah yang terbakar susulan enam unit rumah yang terbakar di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras. FOTO Aizuddin Saad

Cheras: Punca kebakaran enam kediaman di tingkat 17 Blok 70, Flat Sri Sabah, di sini, pada Ahad lalu disebabkan masalah pendawaian elektrik di salah sebuah unit berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat masalah pendawaian elektrik di unit ketiga.

Menurutnya, ketika kejadian pintu depan dan belakang unit berkenaan tertutup sebelum kebakaran merebak ke unit lain.

"Unit Forensik JBPM Kuala Lumpur membuat siasatan dan mengenal pasti punca bermulanya kebakaran di unit tiga.



"Siasatan forensik juga percaya kebakaran disebabkan masalah pendawaian elektrik tertumpu kepada DB (Distribution Board).

"(Kira-kira) 90 hingga 95 peratus kita percaya (masalah pendawaian elektrik) itulah punca kebakaran.

"Bakinya dari ujian teknikal dan sebagainya untuk (sahkan) punca utama kebakaran yang akan kita maklumkan butiran lanjut kemudian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Cheras, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Pada masa sama, Muhammad Salleh berkata, kebakaran itu bukan berpunca daripada bunga api atau faktor lain.

"Makluman awal dari orang awam mengatakan kebakaran itu sebab bunga api dan lain-lain itu tidak benar.

"Keduanya berkaitan dakwaan pili bomba tidak boleh digunakan, sebenarnya ia berfungsi tetapi hand reel pada alat bantu mula atau dipanggil hose reel yang tidak berfungsi," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam, kebakaran itu menjejaskan enam unit rumah di tingkat 17 Blok 70 flat terbabit yang dihuni 16 mangsa daripada lima keluarga.

Sehingga kini, lima mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Seri Cheras, manakala 11 orang lagi menumpang di rumah saudara-mara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pendawaian-elektrik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.238793 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list