CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6561|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Abang polis bantu sambut bayi baru lahir

[Copy link]
Post time 13-2-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis membantu menyambut kelahiran bayi warga Thailand. - Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Wanita warga Thailand yang sedang sarat mengandung menempuh detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) semalam.

Bagaimanapun, bayi terbabit berjaya dilahirkan dengan selamat dengan bantuan anggota polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan itu.

Dalam situasi cemas itu, pegawai dan anggota peronda Lebuhraya (EMPV) terpaksa menjadi 'bidan' bagi menyambut kelahiran bayi pasangan terbabit sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Tindakan pantas anggota dan pegawai terbabit menyambut kelahiran bayi itu di tepi lebuh raya bakal jadi kenangan manis buat pasangan itu.



PDRM menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pasangan warga asing berkenaan berhenti di tepi jalan sebelum melihat kenderaan peronda polis (MPV) berkenaan dan menahannya bagi meminta bantuan.

Katanya, insiden itu berlaku semasa Inspektor Mat Fauzi, bersama Koperal Shahril dan Koperal Hariz Zulfadli sedang melakukan tugas rondaan di Lebuhraya PLUS semalam.

"MPV berkenaan ditahan serta dimaklumkan mengenai kecemasan tersebut sebelum bersetuju untuk mengiringi kenderaan dinaiki mereka ke hospital berhampiran.

"Walau bagaimanapun dalam situasi cemas tadi, wanita terbabit selamat melahirkan bayinya di tepi lebuh raya sebelum dibantu ambulans yang tiba kemudian," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... but-bayi-baru-lahir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.085602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list