CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11823|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Orang ramai sangka Pati, tapi ramai ada dokumen - JIM

[Copy link]
Post time 13-2-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan warga asing di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan warga asing di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata, antara kawasan itu ialah Jalan Silang, Kompleks Kota Raya, Bukit Bintang dan Masjid India, di sini, sekali gus kawasan berkenaan sentiasa berada dalam radar jabatan berkenaan.

"Sebagai contoh, orang kita panggil 'mini Dhaka', di sini merujuk kepada tempat selalu dikunjungi oleh warga asing, Dhaka ini di Bangladesh, kemudian 'Little India' adalah kawasan warga asing datangnya dari India.

"Ada juga 'Chinatown', mereka yang datang dari China. Jadi kawasan ini memang kategori titik panas.



"Masyarakat perlu faham walaupun kita (Imigresen) tahan contohnya 300 lebih warga asing (ketika operasi), yang tidak ada dokumen adalah kurang daripada 20 orang, yang lain kesemua mereka berdokumen," katanya.

Ruslin berkata kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program 'Apa Khabar Malaysia' terbitan Bernama TV, hari ini.

Menurut Ruslin, sentimen masyarakat terhadap warga asing ialah kebiasaannya mereka adalah pendatang asing tanpa izin (Pati), walhal ada yang sememangnya bekerja di negara ini secara sah.

"Kami tidak menyalahkan orang awam, apabila mereka membuat aduan kepada Imigresen, kami pergi buat semakan, operasi dan mendapati majoriti mereka ini (warga asing) mempunyai dokumen.

"Mereka bekerja di sini, mereka ada pasport, pas lawatan sama ada sosial atau bekerja maka perkara ini menjadi kebimbangan masyarakat berterusan kerana banyak 'Little', 'Mini' dan sebagainya. Oleh itu semua tempat kami buat operasi," katanya.

Sementara itu, Ruslin berkata, seramai 10,467 Pati ditahan daripada keseluruhan 19,873 orang diperiksa menerusi 1,687 operasi bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Februari lalu.

"Penghantaran pulang tahun ini melibatkan 4,639 pendatang tanpa izin, tetapi mereka ini merujuk juga kepada tangkapan pada tahun lepas," katanya menambah seramai 75 majikan turut ditahan bagi tempoh sama kerana menggajikan Pati.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mai-ada-dokumen-jim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 1.169032 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list