View: 7384|Reply: 0
|
Repsol Honda berhati-hati letak sasaran
[Copy link]
|
|
JOAN Mir (kiri) dan Luca Marini akan menunggang jentera Repsol Honda untuk musim 2024. FOTO REPSOL HONDA
London: Selepas melalui dua musim penuh tanpa kemenangan di MotoGP selain kehilangan khidmat pelumba berstatus bintang, Marc Marquez, Repsol Honda berhati-hati dengan sasaran yang mahu ditetapkan pada tahun ini.
Selepas melalui sesi ujian di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta pembangunan baharu pada jentera, pengurus pasukan, Alberto Puig menjangkakan pasukan itu akan lebih kompetitif pada separuh musim kedua tahun ini.
"Jentera sudah mengalami banyak perubahan. Kami melakukan beberapa penambahbaikan sebenar pada enjin, berat dan kuasa. Tetapi pastinya kami perlu terus bekerja keras.
"Ujian di Sepang sangat penting kerana kami boleh mencari hala tuju kami. Pasukan berusaha keras untuk memahami jentera dan pelumba pula memberikan kami maklumat yang sangat baik.
"Kami rasa sudah tahu di mana sudut yang perlu diperbaiki.
"Motosikal ini boleh mengalami banyak perubahan antara sekarang sehingga September atau Oktober kerana akan berlaku beberapa evolusi penting.
"Kami mempunyai sasaran yang jelas dan menyasarkan untuk berdaya saing, mungkin bukan pada perlumbaan pertama, tetapi pada separuh kedua tahun ini.
"Pada akhirnya, matlamat utama adalah untuk kembali muncul pasukan yang mampu meraih kemenangan," kata Puig.
Untuk musim 2024, Repsol Honda akan diwakili oleh Joan Mir serta Luca Marini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -hati-letak-sasaran |
|
|
|
|
|
|
| |
|