CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7709|Reply: 0

[Selangor] Bakar kereta polis: Lelaki sudah ditahan

[Copy link]
Post time 15-2-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis menjalankan siasatan sebuah kereta polis bantuan yang dibakar seorang lelaki di Stesen MRT Mutiara Damansara, Petaling Jaya, di sini, awal pagi ini. FOTO Ihsan Polis

Petaling Jaya: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing selepas didapati membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.52 pagi tadi.

"Susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar," katanya kepada Harian Metro, hari ini.



Mohd Fakhrudin berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki dikesan memuat naik video mendakwa bertindak membakar sebuah kenderaan polis bantuan di laman sosial TikTok.

Lelaki terbabit memuat naik rakaman video berdurasi lima saat yang memaparkan dia bersama kenderaan sedang terbakar.

Lelaki itu turut membuat hantaran 'berpuas hati dapat membakar kereta polis #polistakdekeje'.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elaki-sudah-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.038175 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list