CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8426|Reply: 0

[Selangor] Kebocoran gas ammonia: Keadaan 18 mangsa termasuk dua ibu hamil stabil - KKM

[Copy link]
Post time 17-2-2024 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan HAZMAT melakukan kerja menutup injap tangki penyimpanan gas ammonia yang bocor di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam. - Foto Bomba

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 18 mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital sekitar Lembah Klang susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam semalam dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata 10 mangsa dimasukkan ke Hospital Shah Alam dan lima lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah manakala tiga di Hospital Sungai Buloh.

"Keadaan mereka stabil, 14 daripada mereka mengalami gejala ringan yang boleh dirawat seperti pesakit luar. Empat mangsa lagi termasuk dua ibu mengandung dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan, namun tiada kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Foto NSTP/Aiman Farhan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar semalam dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.15 pagi dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati kebocoran berlaku apabila jentera pengangkat terlanggar injap satu tangki ammonia, ketika kerja mengalihkan tangki tersebut, manakala pihak kilang telah menghubungi vendor untuk pembaikan injap terbabit dan operasi tamat pada 6.30 petang Jumaat.

https://www.bharian.com.my/berit ... masuk-dua-ibu-hamil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.429278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list