CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8344|Reply: 0

[Johor] Pelaburan palsu: 2 warga emas rugi keseluruhan lebih RM1.6 juta

[Copy link]
Post time 17-2-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: Dua warga emas kerugian keseluruhan RM1,679,441 selepas menjadi mangsa penipuan terbaharu dalam pelaburan 'Accerx' dan 'Fidelity' dalam talian.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan polis semalam, dibuat dua warga tempatan masing-masing berusia 61 dan 65 tahun yang mendakwa menjadi mangsa penipuan dua skim pelaburan.

"Kes pertama, seorang lelaki yang juga peniaga melaporkan dia ada melihat

iklan pelaburan saham di laman sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan dan mudah.



"Pengadu menekan pautan yang diberikan dan berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp yang mana melalui penerangan yang dijanjikan, pengadu tertarik dengan pelaburan mata wang kripto melalui laman 'Accerx' yang menawarkan keuntungan yang tinggi.

"Pengadu kemudiannya memuat turun aplikasi 'Accerx' dan mendaftar masuk bagi tujuan melihat serta memantau pelaburannya dan seterusnya, pengadu membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan berjumlah RM1,289,441 antara November 2023 hingga akhir Januari lalu," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pengadu mendakwa sehingga kini, dia tidak menerima sebarang keuntungan atas pelaburan terbabit walaupun dalam aplikasi berkenaan memaparkan pelaburannya sudah menjana keuntungan lumayan.

Katanya, pengadu syak ditipu selepas aplikasi berkenaan tidak dapat lagi diakses.

Kumar berkata, bagi kes kedua, seorang pesara swasta wanita mendakwa menerima panggilan daripada seorang individu yang menawarkan pelaburan dalam 'Fidelity' yang menjanjikan 30 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan.

"Pengadu kemudiannya memuat turun aplikasi 'Fidelity' dan mendaftar masuk bagi tujuan melihat serta memantau pelaburannya melalui pautan yang diberikan sebelum pengadu membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan berjumlah RM390,000 antara November 2023 hingga akhir Januari lalu.

"Sehingga kini, pengadu mendakwa tidak menerima sebarang keuntungan atas pelaburannya dan mengesyaki ditipu selepas gagal mengeluarkan wang keuntungan yang diperoleh sebagaimana dipaparkan di aplikasi berkenaan, sebaliknya diarahkan pula membuat bayaran 30 peratus daripada nilai pelaburan sebelum keuntungannya boleh dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata, pengadu tidak menjelaskan bayaran tambahan berkenaan dan bertindak membuat laporan polis.

Katanya, kedua-dua kes di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... han-lebih-rm16-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.316797 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list