CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6268|Reply: 0

[Johor] Harga sayur masih mahal, dijangka turun minggu depan

[Copy link]
Post time 19-2-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode

Sekitar tinjauan harga sayur di sebuah pasar di Tampoi, Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Harga sayuran di bandar raya ini kekal tinggi walaupun harga dijangka mulai turun minggu ini.

Tinjauan di pasar basah sekitar Perling dan Tampoi mendapati harga sayuran terutama kacang panjang dan buncis, terung selain bendi masih berada pada paras tinggi.

Harga kacang buncis kekal mahal dengan RM15.99 sekilogram berbanding hanya antara RM8.50 hingga RM11 November lalu manakala kacang panjang pula RM10.90 sekilogram, berbanding hanya antara RM4.50 hingga RM6.50, November lalu.

Peniaga sayur, Wan Aizat Ahmad, 27, berkata bekalan sayuran yang berkurangan sejak akhir tahun lalu susulan musim hujan lebat dan banjir berterusan sejak awal bulan ini apabila kebanyakan pengusaha sayuran bercuti Tahun Baharu Cina.


"Harga sayuran masih kekal mahal ketika ini berbanding sebelum musim Monsun Timur Laut (MTL) November lalu berikutan bekalan yang masih rendah.

"Selain kacang buncis dan kacang panjang, turut mahal adalah terung panjang dan bulat yang kini RM12 sekilogram berbanding antara RM7.50 hingga RM8.50 November lalu manakala bendi kini RM13 sekilogram berbanding hanya RM8.50, November lalu.

"Harga sayuran yang diterima daripada pembekal juga masih tinggi dengan alasan bekalan masih kurang menyebabkan kami peniaga tidak dapat menurunkan harga sayuran berkenaan ketika ini," katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, peniaga sayur dilaporkan mendakwa terpaksa menaikkan harga jualan bahan mentah itu kerana menerimanya pada harga mahal daripada pembekal.

Berikutan itu, harga sayur-sayuran di pasaran tempatan dilaporkan naik antara RM1 hingga RM4.50 sekilogram.

Dalam pada itu, Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata harga sayuran yang sebelum ini melonjak naik susulan musim hujan dan banjir yang melanda negara, dijangka akan turun mulai minggu hadapan.

Katanya, ia susulan cuaca yang kembali cerah dan panas sejak dua minggu lalu menyebabkan tanaman sayuran dijangka kembali subur dan tidak rosak.

"Kita jangkakan bekalan sayuran yang berkurangan dan terjejas susulan musim hujan lebat dan banjir akhir tahun dan bulan lalu akan mulai pulih minggu hadapan susulan cuaca yang semakin baik.

"Cuaca cerah dan panas menyebabkan pengeluaran hasil sayuran kembali meningkat dengan pengusaha yang bercuti Tahun Baharu Cina akan kembali bekerja dan kita jangkakan bekalan sayuran kembali stabil mulai minggu hadapan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -turun-minggu-depan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.992797 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list