CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6973|Reply: 0

[Pahang] 'Duit last ayah bagi', pemilik wang RM50 dijejaki

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode
'Duit last ayah bagi', pemilik wang RM50 dijejaki

OlehROSILAWATI ROSEDI
20 Februari 2024 01:56pm




'Duit last ayah bagi', itu ayat tertera pada sekeping wang kertas RM50 yang diperoleh Mohd Azfarul pada Isnin.




KUANTAN - 'Duit last ayah bagi 11/5/20, al-Fatihah.' Demikian ayat tertera pada sekeping wang kertas RM50 yang diperoleh seorang pekerja swasta di sini pada Isnin.

Mohd Azfarul Zainol Akmar, 35, atau lebih dikenali Tuah Lim membuat perkongsian di Facebook miliknya pada Selasa untuk mencari pemilik wang tersebut.



Perkongsian tersebut tular hingga mendapat 3,300 tanda suka, 5,400 perkongsian dan 148 komen serta mendapat simpati netizen yang turut berharap pemilik wang itu dapat ditemui.

Menurutnya, duit itu diperoleh ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang kira-kira jam 4.15 petang.



"Pada mulanya tidak sedar, apabila sampai di rumah ketika keluarkan duit, baru ternampak ayat pada wang kertas RM50 tersebut.

"Terus saya rasa terharu dan sedih bila terkenangkan mungkin pemilik duit ini terpaksa gunakan walaupun ia amat bermakna dan punya nilai sentimental, kenangan terakhir bersama ayahnya," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ujarnya, buat masa ini, dia berharap pemilik wang tersebut dapat ditemui kerana sedar ia satu kenangan berharga.

"Saya pun tidak akan guna duit ini selagi pemiliknya tidak ditemui, itu janji saya," jelasnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 2.699759 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list