View: 6655|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Lelaki didakwa miliki 22,508 liter diesel tanpa lesen sah
[Copy link]
|
|
A. SIRIGANES dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi didakwa atas dua pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah pada 17 Februari lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!
SEREMBAN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah iaitu 22,508 liter minyak diesel pada 17 Februari lalu.
Orang kena saman (OKS), A. Siriganes, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS yang bekerja sendiri, didapati miliki barang kawalan yang merupakan barang berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 7,494 liter.
Minyak diesel tersebut dijumpai di dalam muatan sebuah lori jenis Hino dalam keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah dan telah melakukan kesalahan yang melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak diesel tersebut secara runcit atau borong tanpa lesen.
Bagi pertuduhan kedua pula, OKS yang telah aktif melakukan aktiviti itu sejak blan Mei 2023, didapati miliki barang kawalan yang juga merupakan barang berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 15,014 liter yang dijumpai di dalam muatan sebuah lori jenis Scania.
Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Jalan Sepang Lukut, Port Dickson kira-kira pukul 2.30 pagi 17 Februari lalu.
Meor Sulaiman kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dari setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dikenakan ke atas OKS dan menetapkan 24 Mac depan untuk lantikan peguam serta serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... el-tanpa-lesen-sah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|