CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7756|Reply: 0

[Kelantan] Jalan dibaiki cuma tahan sebulan

[Copy link]
Post time 22-2-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Syahbuddin menunjukkan jalan rosak dan pernah berlaku tanah runtuh di laluan menuju ke Pos Balar, di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Masih rosak teruk dan berselut hingga menyukarkan penduduk. Itu keadaan jalan bermula dari Pos Hau ke Pos Balar di sini, yang siap diselenggara November tahun lalu.

Penduduk mendakwa laluan berkenaan kembali rosak dan berlubang selain terdapat kejadian tanah runtuh walaupun sudah dibaiki sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata, jalan berkenaan rosak ketika musim tengkujuh Disember lalu hingga menyebabkan penduduk yang mahu pulang ke Pos Balar terpaksa bermalam di dalam hutan.

Katanya, lebih 1,000 penduduk tidak dapat keluar untuk berurusan di bandar Gua Musang.



"Kami terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh iaitu melalui Pos Bihai dan Pos Belatim untuk keluar ke bandar.

"Pihak kontraktor sudah melakukan kerja membaiki jalan namun ia hanya bertahan sebulan sahaja. Jalan ini turut menjadi laluan utama penduduk membawa dan menghantar pesakit ke hospital.

"Selaku Pengerusi JPKKOA, saya berharap kerja baik pulih jalan dapat dilakukan lebih sempurna dan turut membabitkan wakil penduduk Orang Asli" katanya ketika ditemui di Pos Balar, di sini.

Manakala bagi, Nen Aja, 27, berkata, penduduk Orang Asli berdepan masalah apabila banyak laluan jalan rosak teruk dan sukar untuk dilalui walaupun menggunakan motosikal.

"Sebelum ini kami hanya mengambil masa empat jam untuk ke bandar Gua Musang, namun apabila ia sudah rosak masa perjalanan semakin lama sehingga memakan masa tujuh jam.

"Harapan kami sebagai orang kampung, pihak berwajib harus membaik pulih jalan yang rosak secepat mungkin. Sebelum ini jalan sudah dibaiki tetapi musim tengkujuh menyebabkan jalan kembali rosak teruk," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim sudah meninjau keadaan jalan utama menuju ke Pos Balar itu.

Katanya, pihak kontraktor diharapkan dapat melakukan kerja dengan amanah serta teliti bagi mengelak kesulitan kepada penduduk Orang Asli yang berulang-alik menggunakan jalan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cuma-tahan-sebulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 1.140904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list