CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8181|Reply: 0

[Johor] Lelaki bahagia tinggal di rumah pusaka, enggan pindah

[Copy link]
Post time 22-2-2024 05:30 PM | Show all posts |Read mode

Zainuddin Abdullah, 61, di hadapan rumahnya yang rosak teruk dan sudah tidak boleh digunakan kerana reput dan bocor selain atap rumah yang dihempap pokok buluh tumbang di Kampung Pekajang, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Iskandar Puteri: Lelaki ini sanggup tidur di anjung rumah dalam keadaan usang dan daif demi tidak mahu meninggalkan rumah pusaka miliknya di Kampung Pekajang, Gelang Patah, di sini.

Lebih menyedihkan, bahagian dalam rumah papan didiami Zainuddin Abdullah, 61, juga rosak teruk sekali gus tidak sesuai didiami kerana sudah reput dan bocor selain atap rumah dihempap pokok buluh tumbang.

Zainuddin yang kini uzur berkata, dia mengakui sudah berkali-kali dipujuk oleh ketua kampung untuk ditempatkan di rumah penjagaan warga emas berikutan hidup sebatang kara.

"Namun, saya terlalu sayangkan rumah pusaka yang sudah didiami sejak 60 tahun lalu dan menolak untuk dipindahkan ke tempat lain terutama rumah orang tua.


"Walaupun saya terpaksa tidur dan masak di anjung rumah yang sempit kerana rumah sudah rosak dan reput, saya bahagia di sini dan tidak mahu pindah ke tempat lain.

"Saya anak bongsu daripada enam beradik dengan semua adik-beradik sudah meninggal dunia. Walaupun begitu ada anak-anak saudara datang dan membelikan makanan serta barang keperluan harian," katanya.

Zainuddin berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad menerusi program Ziarah Kasih, semalam.

Sementara itu, Ketua Kampung Pekajang Hamzah Abdul Jazin, 63, berkata sejak lima tahun lalu dia kerap datang dan memujuk Zainuddin untuk dipindahkan ke rumah jagaan supaya hidup selesa serta terjaga.

"Namun, Zainuddin tetap berkeras tidak mahu meninggalkan rumahnya di sini," katanya.

Dalam pada itu, Pandak turut memujuk Zainuddin dipindahkan ke rumah jagaan warga emas berikutan keadaan rumahnya uzur serta tidak sesuai didiami apatah lagi tinggal seorang diri.

"Perbincangan sudah dilakukan dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menempatkan Zainuddin di rumah penjagaan warga emas di Melaka buat sementara kerana Rumah Seri Kenangan di Johor Bahru sedang menjalani proses naik taraf dan ubah suai.

"Keselamatan Zainuddin lebih utama kerana dia tinggal di anjung rumah yang terbuka dan tidak sesuai didiami. Kita akan pujuk dan pindahkannya segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... usaka-enggan-pindah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.324296 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list