View: 16051|Reply: 17
|
[Jenayah]
“Hasil Mengemis Dapat RM500 Untuk 4 Jam, Siap Miliki Proton X70 Flagship ” – Lelaki "Kantoi" Hidup Senang Dengan Mengemis Di Pasar Malam ...
[Copy link]
|
|
Satu perkongsian di Facebook oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya gara-gara aktiviti seorang individu ini yang beroleh kekayaan hanya dengan mengemis di pasar malam.
Dalam hantaran tersebut, pihak JKM Maran mendedahkan sindiket dan aktiviti seorang lelaki yang mampu meraih sehingga RM500 dalam tempoh empat hingga ke lima jam setiap hari.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut memiliki sebuah kereta jenama Proton X70 hasil daripada meminta sedekah setiap hari.
"Dia mengatakan kad pengenalannya berada dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki itu ke keretanya. Percaya atau tidak, seorang yang tadinya berdiri meraih simpati orang ramai memandu sebuah Proton X70 Flagship."
Difahamkan, lelaki berkenaan turut menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lagi.
"Dia juga mengaku kereta Proton X70 Flagship itu adalah miliknya. Menurutnya hasil pengemisan boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat ke lima jam berada di pasar-pasar malam."
Menurut pihak JKM, lelaki itu berlakon seperti pekak dan bisu namun sebaliknya manusia normal namum memiliki OKU fizikal di kedua-dua belah tangannya.
Lelaki itu kemudian dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM setelah disoal siasat.
Perkongsian tersebut kemudiannya menuai pelbagai kritikan netizen yang rata-rata meluahkan rasa ‘kagum’ kerana lelaki itu mampu membeli kereta mewah hanya dengan pendapatan mengemis.
“Yang ada kerja tetap pun belum tentu mampu beli X70” komen seorang netizen.
SUMBER : Facebook/Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah rakyat malaysia bermurah hati... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu la aku rela sedekah dalam tabung masjid.ramai yg kuat kencing siap pakai kopiah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhhhh! Jangan ditegurrrrr.
Jgn brani2 tegur rekyat jelata Malaya yg suka sedeqah penadah2 tangan mcm ni. Itu urusan dia dgn Allah, katanya. Janji kita dah selesaikan tanggungjawab kita untuk bersedeqah. Bior llerrrr si penadah tangan makai hatta Maserati sekalipun! Tetap mereka akan bersedeqahhhh! Walaupun tangan di atas tu makai Axia sajah. Yah! #muntahIjo |
|
|
|
|
|
|
|
JKM Terkejut, Pengemis OKU Memiliki Proton X70 Flagship!
Gambar hiasan.
Sepasukan Jabatan Kebajikan Manusia (JKM) Maran terkejut apabila mengetahui seorang pengemis OKU kutip sumbangan datang ke pasar malam dengan Proton X70 Flagship.
Menerusi hantaran Facebook JKM Maran, mereka terjumpa dengan lelaki itu semasa operasi membanteras pengemisan dijalankan untuk membasmi aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran.
Lelaki melayu memakai jubah dan kopiah itu berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.
Lelaki OKU itu kerana kedua-dua tangannya kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.
Apabila dihampiri pegawai JKM, lelaki tersebut enggan menjelaskan tujuan dia meminta sedekah. Di dalam beg kertas di dalamnya mempunyai beberapa keping duit, hasil pemberian sedekah oleh pengunjung pasar malam itu.
“Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut.
“Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya. Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal,” petik hantaran Facebook JKM Maran.
Kemudian, lelaki itu memberitahu kad pengenalannya ada di dalam kereta. Pegawai penguatkuasa mengekorinya ke kenderaan dan alangkah terkejutnya mereka semua apabila melihat kereta dibawanya.
“Percaya atau tidak, Seorang OKU yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Flagship.
“Siasatan lanjut dijalankan oleh Penguatkuasa JKM. Dia tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.
“Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Dia juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Flagship tersebut adalah miliknya,” kata JKM Maran.
Jelas lelaki OKU itu, dia boleh meraih sehingga RM 500 bagi tempoh 4-5 jam hasil aktiviti pengemisannya di pasar-pasar malam.
Pihak penguatkuasa JKM Maran telah melepaskan lelaki itu dengan amaran.
Dalam pada itu, JKM Maran turut memberikan pesanan kepada orang ramai agar bersedekah kepada orang dan tempat yang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
ALhamdulillah murah rezeki.... kita yg sempurna fizikal... x mampu nk beli flagship... walaupun sampai pencen... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai betul penunggang sekarang ni...patut JKM, boleh hantar report pada pusat zakat stop terus bantuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by syamzana at 23-2-2024 09:38 AM
duduk tegak je 4-5 jam dpt rm500. sebulan mau 10k dpt (sabtu/ahad cuti)
pakguard dok tegak gak (kdg2 kene maki) 12jam, sebulan dpt rm1200.
patut ramai jd peminta sedekah.
area umah i ni pantang makan kat kedai, muka sama je dok mai minta sedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
nnt kalau tangkap, dakwa dan penjara
netijen plak meraung2 kata menindas orang
hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku perasan di tempat aku tiap kali hari/minggu orang dapat gaji, akan ada la yang duduk dengan tabung segiempat depan bank minta derma untuk tahfiz.
Pernah mak aku nak sedekah duit tapi aku larang sebab aku cakap baik mak sedekah kt orang susah lain di pusat dialisis tu (bapak aku ada rutin dialisis). Dah macam jahat pulak aku pasal larang mak aku nak bersedekah ni |
|
|
|
|
|
|
|
maharani_gebu replied at 23-2-2024 09:06 AM
DILEPASKAN SELEPAS DIBERI AMARAN???
ITU AJE KE TINDAKAN???
Itulah pasal. Tak kata dalam artikel tu sama ada JKM menghentikan bantuan bulanan RM450 yang diterima sejak 2001 tu memandangkan pakcik ni mampu beli X70 flagship. Beli cash ke tu? Kalau minta loan, boleh lulus ke kalau takde kerja selain mengemis? Ke ada kerja lain dan mengemis ni part time? |
|
|
|
|
|
|
|
Langsung x takut dan malu dgn Allah..dah la pakai pakaian mcm org alim..berketayap..berjubah..menggunakan agama Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
yg mintak derma tabung tahfiz tu penipu jugak ke? ni nak ramadhan, ada lah dlm bazar2 tabung tahfiz.
member iols citer oku jual tisu dtg dekat meja2 makan pun masyuk. sehari boleh dpt rm500-700, pastu bahagi 3 (oku, si celik yg teman oku, driver diorg yg bawa tmpt2 hotspot&tunggu berjam2) |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu makcik melayu ni..suka paksa org bg dia sedekah depan CIMB...dah 6 tahun kut dia guna alasan sama...sakit tulang belakang nk buat pembedahan..sebelah dia ada lelaki tua yang juga mintak sedekah..depa duduk di depan pintu bank masing2 kiri dan kanan....dia juga jual jajan dan air..
Sekali aku nk beli air ..aku bg RM10 untuk tukar la sb air harga rm5...sekali dia kata..nakkk awak sedekah la terus balance...makcik x payah bagi awak ..awak dapat pahala nak bg makcik...
Aku terus ckp...minta maaf ya..saya tetap nk balance saya..mana boleh makcik paksa2 saya nk bg RM10 terus...susah dia nk bg balik tapi aku tinggikan suara..
Satu mlm aku pi bank untuk keluarkan duit aku nampak ada lelaki muda bawak kereta ambil makcik dan pakcik tu...rupanya sindiket...x kan anak dia suruh mak dia bersedekah tiap hari sampai mlm..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bank bodoh mn ni yg blh luluskan loan utk org yg x de slip gaji? |
|
|
|
|
|
|
| |
|