CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4472|Reply: 0

[Negeri Sembilan] ‘Rosidi pulanglah ke pangkuan kami’

[Copy link]
Post time 26-2-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode

Razman menunjukkan gambar Rosidi bersama rakan sekelasnya ketika masih berusia 12 tahun ketika ditemui di Kampung Chenderak, Jelebu semalam.

JELEBU – Seorang abang dari Kampung Chenderak di sini, berharap dapat bertemu semula dengan adik kandungnya selepas mereka terpisah sejak 30 tahun lalu.

Razman Abd Malik, 55, yang merupakan anak ketiga dari tujuh beradik itu berkata, adiknya, Rosidi Abd Malik yang kini ber­usia 54 tahun dikatakan membawa diri dengan keluar dari rumah selepas ibu bapa mereka berpisah.

Bagaimanapun, katanya, Rosidi ada menghubungi keluarga pada tahun 2002 iaitu pada hari kematian ibu mereka, Zainon @ Rubiah Ali yang meninggal dunia akibat kanser rahim pada usia 54 tahun.

“Namun pada hari berkenaan, kami agak sibuk menguruskan jenazah ibu dan tidak sempat bertanya lanjut keberadaan adik. Kami juga tidak menyedari sekiranya adik ada pulang atau melihat dari jauh kami menguruskan jenazah ibu.

“Kira-kira tiga tahun lalu, kami dapat maklumat adik tinggal di sebuah rumah pangsa di Ampang dan kakak sulung saya, Rosmah yang kini berusia 59 tahun cuba mencari adik di sana.

“Bagaimanapun, kediaman yang dimaksudkannya sudah kosong,” katanya ketika ditemui pembe­rita di Kampung Chende­rak di sini semalam.

Cerita Razman lagi, mereka sekeluarga berharap agar Rosidi dapat menghubunginya dengan segera dan pulang ke kampung halaman.

Jelasnya, kehadiran Rosidi juga bagi menyelesaikan pelbagai urusan keluarga termasuk tanah pusaka arwah ibu di Kampung Kelaka di sini yang tidak dapat diusahakan serta bersemak.

“Mahu kata kami bergaduh, tidak pula. Cumanya, masing-masing bawa haluan sendiri selepas ibu bapa berpisah.

“Masa adik tinggalkan ­kampung halaman, saya sedang beker­ja di kilang getah Felda Serting.

“Sekarang ini, semua adik- beradik rindukan Rosidi dan harap kami dapat berkumpul seperti sebelum ini. Dapat turun sawah dan mandi sungai bersama,” katanya lagi.

Menurutnya, buat masa ini mereka sukar mencari gambar Rosidi kerana banyak gambar rosak dan terpaksa dibuang kerana banjir besar yang melanda kampung tersebut penghujung tahun 2021 yang lalu.

“Ada tanda ketara dalam tubuh Rosidi iaitu dia kehilangan tiga jari kanan iaitu telunjuk, hantu dan manis akibat kemalangan di kilang,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, mana-mana individu yang mengenali adiknya agar dapat menghubunginya di talian 017-2584406 atau kakak sulungnya, Rosmah Abd Malik 017-4958040.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... h-ke-pangkuan-kami/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058421 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list