CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3111|Reply: 0

[Kelantan] Mustahil Pasar Siti Khadijah sendu

[Copy link]
Post time 26-2-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode

PASAR Siti Khadijah. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan terdapat unsur politik daripada pihak tertentu yang menularkan video berkenaan Pasar Siti Khadijah, di sini, yang dikatakan 'sendu' tanpa ramai pengunjung.

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, berkata, segala pengisian video berkenaan tidak benar sama sekali kerana beliau sendiri turun padang melihat sendiri suasana di pasar terbabit.

Katanya, hasil tinjauan mendapati keadaan jalan raya sesak selain pasar itu padat dengan pengunjung terutama pada sebelah pagi.

Siasatan juga mendapati individu merakam video berkenaan ketika waktu petang apabila pengunjung sudah mula beransur pulang.



"Jadi, di sini, jelas kita dapat lihat ada motif lain yang mahu dibangkitkan oleh pelaku berkenaan. Malah, kita turut berjumpa dengan peniaga yang terbabit dalam video ini dan dia mengakui hanya berseloroh sahaja.

"Tiada isu Pasar Siti Khadijah sunyi sepi, sebaliknya dipenuhi ramai pengunjung terutama pada waktu pagi kerana terdapat tarikan jualan pelbagai jenis kuih muih serta pasar basah bagi penduduk tempatan.

"Sewajarnya, sebagai rakyat Kelantan kita seharusnya bersama-sama membantu mempromosikan secara positif lokasi menarik di negeri ini agak dapat menarik lebih ramai pelancong," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Melawat Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Media sebelum ini melaporkan bahawa peniaga Pasar Siti Khadijah, di sini kecewa kerana ada pihak menularkan pasar itu yang memberi gambaran suasana tidak benar kepada orang ramai khususnya pelancong.

Mereka mendakwa, setiap hari pasar itu meriah dengan kehadiran pelancong domestik yang mahu menikmati makanan dan membeli barangan terutama pada musim cuti perayaan serta persekolahan.

Dalam perkembangan sama, Kamarudin berkata, kerajaan negeri juga menggerakkan beberapa usaha untuk menarik pelancong supaya memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan berbanding ke Thailand seperti yang diviralkan.

"Kami juga menaik taraf pelbagai kemudahan di lokasi pelancongan selain mendapat kerjasama baik antara majlis daerah dan pihak swasta yang sama-sama menjaga lokasi pelancongan yang ada.

"Selain itu, kita dapat lihat lebih banyak lokasi percutian serta tempat rekreasi dibangunkan berbanding beberapa tahun lalu sekali gus menunjukkan berlaku perkembangan positif dalam industri pelancongan negeri ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... siti-khadijah-sendu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.394450 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list