CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6364|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kembara 14,000km dari 'Jolobu ke Mokah'

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Rahmat dan Nurazlinda menunggang motosikal dalam Kembara Jelebu -Makkah bermula 20 Mac ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Pasangan suami isteri yang mahu memenuhi impian menunaikan haji dengan menunggang motosikal sanggup menjual beberapa motosikal milik mereka untuk mengumpulkan dana bagi Kembara Jelebu-Makkah.

Malah, sebuah lagi motosikal berkuasa 250 cc turut dijual sekiranya perbelanjaan dikumpul tidak mencukupi.

Mohd Rahmat Mohammed Amin, 38, dan isteri, Nurazlinda Mohamad, 36, dari Taman Bukit Mohagani mahu merealisasikan impian sejak tiga tahun lalu apabila mahu menggunakan motosikal Yamaha Fz 150 untuk ke Makkah.

Mohd Rahmat berkata, sebelum ini dia pernah menunaikan umrah bersama isteri dengan pesawat sebelum memasang impian ke Tanah Suci melalui jalan darat.



Katanya, dia dan isteri juga memutuskan menggunakan laluan Tibet-Himalaya yang dipercayai lebih ekstrem pada kembara yang bermula 20 Mac ini.

"Kembara sejauh 14,000 kilometer itu merentas 13 negara bermula dari Malaysia dan berakhir di Arab Saudi dengan sasaran sampai di Makkah pada 5 Mei.

"Saya dan isteri banyak membuat kaji selidik mengenai laluan yang menghubungkan negara China dan Nepal. Pemilihan laluan itu berikutan penutupan sempadan negara Mynmar kesan krisis dihadapi negara itu dan kos lebih tinggi diperlukan sekiranya meneruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand ke India.

"Justeru itu, laluan Tibet -Himalaya menjadi pilihan walaupun sukar, kami berharap dapat melaluinya biarpun bakal berdepan cabaran cuaca," katanya.

Mohd Rahmat berkata pengalaman menunggang motosikal ke pelbagai negara sebelum ini diharap membantunya merealisasikan impian ke Makkah dengan menunggang motosikal bersama isteri.

Katanya selain Malaysia kembara melalui negara Thailand, Laos, China, Nepal, India, Pakistan, Iran, Turki, Iraq, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan berakhir di Arab Saudi.

"Tiga motosikal kami iaitu dua Yamaha Lc dan Yamaha R25 dijual selain perlu berusaha mencukupkan perbelanjaan sebelum memulakan perjalanan pada 20 Mac ini.

"Kemungkinan Aidilfitri tahun ini kami sambut di Base Camp Everest atau di Taj Mahal, India namun semua bergantung kepada perjalanan dilalui," katanya.

Mohd Rahmat berkata, semua persiapan berkaitan dokumen diselesaikan serta memaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia di setiap negara dilalui.

Sementara itu, Nurazlinda berkata, persiapan kini pada tahap 80 peratus manakala dua anak lelakinya dijaga oleh ibu yang tinggal di rumah mereka.

"Anak berusia tujuh dan 11 tahun dimaklumkan mengenai perancangan kami dan mereka memahaminya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ari-jolobu-ke-mokah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.797755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list