CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8182|Reply: 1

[Johor] Pekerja kontrak dipenjara 69 tahun, 20 sebatan rogol, cabul anak angkat

[Copy link]
Post time 4-3-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh didakwa lima pertuduhan rogol, cabul dan amang seksual terhadap anak angkat di Mahkamah Sesyen Muar hari ini. - Foto Alias Abd Rani

MUAR: "Masa kamu (tertuduh) buat (rogol dan cabul), tak fikir ke isteri, anak-anak? Isteri kamu tengah sarat tapi kamu cari (melakukan) hubungan terlarang termasuk dengan emak mangsa."

Demikian teguran Hakim Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 69 tahun dan 20 sebatan terhadap seorang pekerja kontrak yang mengaku bersalah merogol dan mencabul anak angkatnya sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun berhadapan lima pertuduhan dengan empat daripadanya membabitkan kes rogol manakala satu amang seksual fizikal, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Ketika prosiding menjatuhkan hukuman, isteri tertuduh yang sedang menunggu hari bersalin serta adik perempuannya kelihatan menitiskan air mata.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Abu Bakar memberitahu, mahkamah hanya mempertimbangkan pengakuan salah tertuduh dan faktor lain lebih kepada pemberatan hukuman berdasarkan kesalahan dilakukan tertuduh.

"Kes seumpama ini adalah memberi keutamaan kepada mangsa berbanding kamu, kerana kesan dialami atas perbuatan ini. Kes ini masih banyak, kadang-kadang saya tidak faham kenapa ia masih berlaku" katanya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol dan mencabul mangsa dalam kereta diparkir di sebuah kebun sawit di Serom, Tangkak antara jam 8.40 hingga 9 malam, pada 15 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan serta Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 14 akta sama bagi setiap pertuduhan.

Pertuduhan ketiga hingga kelima pula, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di tiga rumah berlainan dalam daerah Muar sejak 2021 sehingga 2022.

Ketiga-tiga pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) AKKSTKK 2017, yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Manakala Seksyen 16 (1) pula, tertuduh boleh dikenakan hukuman tambahan iaitu penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu setiap sekali sebulan ketika ibu dan adik beradik kanak-kanak itu berada di luar rumah.

Kejadian itu disedari nenek mangsa sebelum membuat laporan polis. Dua kejadian berlaku di Tangkak manakala tiga lagi berlaku di dalam daerah ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan kerana perlu menanggung dua anak dan isteri sarat anak ketiga serta ahli keluarganya manakala pihak pendakwaan memohon agak dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan bagi pertuduhan pertama; tiga tahun, satu sebatan (kedua); manakala pertuduhan ketiga hingga kelima, masing-masing 15 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hukuman tambahan bagi Seksyen 16 (1) pula, mahkamah menjatuhkan penjara dua tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.

Semua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Januari lalu.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis dua tahun sebaik selesai menjalani semua hukuman selaras dengan peruntukan Seksyen 27 AKKSTKK.
https://www.bharian.com.my/berit ... l-cabul-anak-angkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 03:22 PM | Show all posts
Celaka punya jantan! Moga mampus dalam penjara kelak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074917 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list