CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2491|Reply: 0

[Selangor] 761 notis kesalahan merokok di pusat beli-belah

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode

Anggota penguat kuasa JKNS mengeluarkan kompaun kepada perokok dalam operasi baru-baru ini.

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengeluarkan sebanyak 761 notis kesalahan ke atas individu yang merokok di kawasan pusat beli-belah di sekitar daerah Petaling, baru-baru ini.

Kesalahan itu dikesan menerusi operasi khas bersepadu bagi menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ummi Khaltom Shamsudin berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam mengenai sikap perokok yang masih mengingkari peraturan itu.

Menurut beliau, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 23 buah premis selain 918 notis kesalahan dikeluarkan dengan tawaran kompaun bernilai RM231,850.

“Sebanyak 761 daripadanya melibatkan notis kesalahan merokok di tempat larangan dan tujuh notis berkaitan larangan merokok terhadap orang belum dewasa.

“Selain itu, ia meliputi 135 notis gagal pamer tanda larangan merokok di premis, tiada larangan menjual hasil tembakau (11) dan menjual rokok paket terbuka (4),” katanya hari ini.

Tambah Ummi Khaltom, tindakan pendakwaan di mahkamah akan diambil kepada individu yang tidak menjelaskan kompaun dalam tempoh ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Orang awam yang mahu membuat aduan merokok boleh menyalurkannya ke aplikasi WhatsApp di 010-8608949,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... i-pusat-beli-belah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.153747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list