View: 4738|Reply: 0
|
[Selangor]
Lebur RM70,000 ditipu ejen pekerjaan
[Copy link]
|
|
GAMBAR Hiasan
Ampang: Suri rumah dan abang serta rakannya berputih mata apabila selepas wang simpanan lebih RM70,000 lebur akibat ditipu 'ejen' pekerjaan, Januari lalu.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Lee, berkata, suspek menjanjikan pekerjaan di sebuah syarikat minyak dan gas di United Kingdom (UK) dengan pendapatan mencecah 6,000 Pound Sterling.
Menurutnya, suspek turut menjanjikan sekurang-kurangnya bayaran kerja lebih masa (OT) sekurang-kurangnya dua jam setiap hari dengan bayaran 40 Pound Sterling sejam.
"Kami mengenali suspek kerana dia adalah salah seorang pelanggan di kedai makan milik abang turut menjadi mangsa.
"Saya diminta untuk membayar kira-kira RM40,000, manakala abang sebanyak RM10,000 dan rakan RM20,000 kononnya bagi urusan membuat visa untuk bekerja di UK dan pembayaran lain," katanya pada sidang media di Biro Aduan DAP Ampang, di sini hari ini.
Lee, 40-an berkata, selepas membuat pembayaran mereka meminta suspek memberikan perkembangan terkini selepas lelaki itu mendiamkan diri sejurus menerima wang.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas dihubungi suspek menetapkan satu tarikh untuk mereka bertemu di restoran milik abang mangsa.
"Namun, selepas beberapa jam menunggu dia tidak muncul, selain tidak dapat dihubungi.
"Dari situ kami merasakan kami sudah ditipu. Selepas kami berkongsi kejadian itu di media sosial baru kami diberitahu oleh orang ramai yang suspek ini sudah kerap menipu," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan DAP Selangor, Lee Wen Bin berkata, ketiga-tiga mangsa sudah membuat laporan polis berhubung penipuan itu.
Katanya, pihaknya difahamkan suspek adalah individu dikehendaki dan dipercayai terbabit dengan pelbagai kes penipuan.
"Tiga laporan sudah dibuat iaitu dua di Kajang dan satu di Ipoh jadi kami berharap tindakan daripada pihak berkuasa.
"Kami kejadian ini dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak menjadi mangsa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tipu-ejen-pekerjaan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|