CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4888|Reply: 0

[Selangor] Bengkel motosikal di Jalan Gombak marak terbakar

[Copy link]
Post time 7-3-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video kebakaran sebuah bengkel di Kampung Tengah Batu 6 Jalan Gombak yang dilaporkan terjadi kira-kira pukul 2 petang tadi.

GOMBAK – Sebuah bengkel motosikal di Jalan Tengah 2, Kampung Tengah Batu 6 Jalan Gombak, dilaporkan hangus terbakar, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.19 tengah hari.

Ujarnya, seramai 19 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang beserta tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di kawasan kejadian, terdapat sebuah bengkel motosikal satu tingkat berkeluasan hampir 92 meter persegi terbakar 80 peratus.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video yang dimuat naik Asal Gombak di Facebook, memaparkan kejadian api yang sedang marak membakar bengkel motosikal tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen juga mendapati pemilik bengkel tersebut dipercayai tiada di lokasi kerana keluar membeli barang. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... bak-marak-terbakar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079635 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list