CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4012|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] PETRONAS keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat

[Copy link]
Post time 9-3-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode

PETRONAS keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berkata ia mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.


Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. - Foto fail NSTP

Menurutnya, mesej itu termasuk laporan berita palsu daripada The Star bertajuk Special report: Petronas opens joint investment platform with government support! dan mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan yang berkaitan pengeluaran gas asli cecair (LNG).

Dalam kenyataan hari ini, PETRONAS berkata laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI).


Laporan polis telah dibuat mengenai perkara berkenaan, katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan PETRONAS menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripada PETRONAS dan menggesa orang ramai supaya tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu ini. - BERNAMA
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=52
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list