CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4565|Reply: 0

[Perak] Attar Azim berpindah sekolah di Tanjung Malim

[Copy link]
Post time 12-3-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode

ATTAR Azim (kiri) bersama sepupunya, Fareez Uzair, 10, di kediaman datuk dan neneknya di Felda Trolak Utara dekat Tanjung Malim. FOTO Ihsan Keluarga.

Tanjung Malim: Kanak-kanak lelaki yang kehilangan empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam kemalangan di Kuala Krai, pada awal bulan ini, Attar Azim Syukran Jamil akan berpindah sekolah.

Anak yatim piatu berusia sembilan tahun itu akan berpindah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan, Kuala Lumpur ke SK Trolak Utara, dekat Felda Trolak Utara di sini.

Berkongsi perkembangan itu, ibu saudaranya, Umi Salwa Ab Hamid, 40, berkata, urusan pertukaran sekolah masih sedang diuruskan oleh ahli keluarga dan anak saudaranya itu dijangka memulakan sesi persekolahan baharu pada Isnin minggu depan.

"Attar Azim sekarang menetap bersama datuk dan nenek sebelah ayahnya di Felda Trolak Utara.



"Di sini, ada ramai kawan dan sepupu yang sebaya dengannya. Attar Azim kelihatan gembira hendak bersekolah di sini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Umi Salwa berkata, keputusan itu dibuat atas persetujuan semua ahli keluarga dan Attar Azim sendiri.

"Memandangkan saya tinggal bersama mak abah, memang saya la yang ambil alih membantu mak abah untuk menjaga Attar Azim.

"Kami adik-beradik memang sepakat dan rapat. Insya-Allah kami akan menjaga amanah ini dengan penuh bertanggungjawab," katanya.

Pada 2 Mac lalu, media melaporkan nahas membabitkan dua kenderaan yang meragut nyawa empat beranak di Kilometer (KM) 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi di Kuala Krai, Kelantan.

Dalam nahas 1.40 tengah hari itu, Syukran Jamil Ab Hamid, 35, bersama isteri Noor Aishah Razali, 35, dan anak mereka, Lufya Adeena, 1, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala Ahya Rafiqi, 6, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Attar Azim adalah satu-satunya penumpang yang terselamat di dalam kenderaan dinaiki keluarga itu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi dipandu Syukran Jamil dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang, bertembung dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand yang masuk ke laluannya dari arah bertentangan.

Lima sekeluarga itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi ahli keluarga dan bercuti di Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Syukran Jamil dan Noor Aishah bersama dua anak mereka, Ahya Rafiqi, serta Lufya Adeena, selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, 11 malam, 3 Mac lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-di-tanjung-malim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038225 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list