View: 5014|Reply: 1
|
[Kelantan]
700 penduduk 3 kampung bergelumang masalah bekalan air bersih
[Copy link]
|
|
MUKHTAR menunjukkan saluran paip yang dipasang untuk menyalurkan air dari Sungai Rek ke rumahnya. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
Kuala Krai: Lebih 700 penduduk di tiga kampung di Mukim Manjor di sini iaitu hidup dalam kesukaran apabila berdepan dengan masalah bekalan air bersih sejak lebih setahun lalu.
Lebih memeritkan lagi, sebilangan penduduk Kampung Sungai Rek, Kampung Lela Jasa dan Kampung Lebur terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sungai berhampiran dengan memasang saluran paip sendiri bagi menyalurkan bekalan air dari sungai ke rumah mereka.
Malah difahamkan kos untuk membina telaga tiub di kawasan penempatan itu menelan belanja di antara RM15,000 hingga RM18,000 berikutan perlu menggali lebih dalam untuk mendapatkan sumber air.
Penduduk Kampung Sungai Rek, Mukhtar Ibrahim, 50, berkata, sejak tujuh tahun lalu keluarganya bergantung sepenuhnya kepada air sungai yang terletak 200 meter dari kediamannya.
"Saya memasang saluran paip sendiri dari Sungai Rek ke rumah untuk kegunaan harian. Saya tidak ada pilihan lain apabila bekalan air paip sedia ada kerap terganggu.
"Walaupun menggunakan air sungai yang tidak bersih, sekurang-kurangnya sentiasa ada untuk kegunaan harian," katanya.
Katanya, lebih memeritkan lagi, bil elektrik juga meningkat sehingga dua kali ganda pada setiap bulan berbanding biasa berikutan pam air yang digunakan untuk menyalurkan air sungai ke rumah terpaksa dibuka hampir 24 jam.
"Saya merayu masalah ini diberikan perhatian sewajarnya kerana bekalan air adalah kemudahan asas yang paling penting.
"Biarpun sudah lali dengan situasi berhadapan dengan ketiadaan bekalan air bersih, namun kami rakyat Kelantan juga layak untuk menerima kemudahan asas seperti orang lain," katanya.
Manakala Rohaya Che Soh, 53, berkata, keluarganya sudah lali menggunakan air sungai untuk urusan harian sejak lebih 30 tahun sehingga mengalami gatal pada kulit.
"Sebelum ini kami bergantung kepada air telaga dan apabila cuaca panas ia menjadi kering.
"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Lebir dan pada musim hujan, air sungai ini bertukar keruh dan berlumpur," katanya.
Sementara itu, Yazid Yaacob, 62, berkata, dia terpaksa mengambil air dari masjid berdekatan rumahnya untuk kegunaan harian.
"Setiap kali mengambil bekalan air di masjid, saya akan membayar RM20 dan dimasukkan ke dalam tabung masjid.
"Sebagai persediaan Ramadan, saya membuat persiapan awal dengan menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian kami sekeluarga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bekalan-air-bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak-pihak yang berkaitan perlu melihat perkara ini bagi menyelesaikan masalah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|