View: 5107|Reply: 0
|
[Pahang]
Tiga perompak warga asing Geng Centro ditembak mati
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman menunjukkan peralatan yang digunakan Geng Centro termasuk sepucuk pistol. - Foto NSTP/Asrol Awang
KUANTAN: Tiga penjenayah warga asing dikenali Geng Centro ditembak mati oleh polis di Kilometer 17 Jalan Pekan-Kuantan, malam tadi.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata tiga penjenayah yang mati itu masing-masing dua warga Vietnam dan seorang Bangladesh berumur antara 34 dan 44 tahun.
Operasi itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Pahang yang mengesan sebuah kereta Proton Waja yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang, Pekan pada jam 11.30 malam.
"Polis kemudian memperkenalkan diri bagi tujuan pemeriksaan tetapi suspek memecut kenderaan. Kereta suspek menghimpit dan melanggar belakang kenderaan polis menyebabkan kenderaan itu berhenti.
"Ketika hendak melakukan pemeriksaan suspek secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
"Bagi mempertahankan diri, polis membalas tembakan sehingga tiga penjenayah dalam kereta tumpas," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.
Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemukan sepucuk pistol jenis Glock 17 serta enam butir peluru dalam kelopak dan sebutir dalam kebuk serta tiga kelongsong peluru.
Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan lain iaitu dua mesin pencanai, dua mesin penebuk, dua bilah parang, dua set nombor pendaftaran, satu kuku kambing dan tukul besi.
Dengan tumpasnya Geng Centro ini, polis dapat menyelesaikan enam kes samun dan pecah masuk kedai emas iaitu masing-masing tiga kes di Perak dan satu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dipercayai dilakukan penjenayah sejak Jun 2023.
Siasatan mendapati suspek warga Bangladesh memiliki lesen memandu dan dipercayai sudah lama menetap di Malaysia. Kereta digunakan juga milik suspek warga Bangladesh manakala dua lagi suspek warga Vietnam sering keluar masuk ke negara ini.
Polis percaya geng ini tidak hanya membabitkan tiga suspek ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Modus operandi penjenayah ini ialah dengan menyerang dan menyamun mangsa menggunakan kekerasan.
"Suspek juga memecah masuk kedai emas melalui pintu hadapan atau belakang serta menebuk peti besi menggunakan mesin pencanai sebelum melarikan barang kemas dengan jumlah keseluruhan kerugian melebihi RM4 juta.
https://www.bharian.com.my/berit ... entro-ditembak-mati |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|