CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

[Selangor] Wanita terdesak cari kerja jadi mangsa pemerdagangan manusia

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode

LEONG bersama Deric Teh dan Daniel Khoo semasa sidang media mengenai wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar.

Petaling Jaya: "Tolong selamatkan saya, bawa saya balik." Demikian pesanan terakhir seorang wanita kepada adik lelakinya selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia 'KK Garden' di kawasan Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar.

Wanita berusia 35 tahun terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik kecil bersama 10 mangsa dan perlu membayar pampasan RM50,000 serta mencari dua mangsa lain sebagai ganti sekiranya mahu dibebaskan.

Menceritakan kejadian, lelaki mahu dikenali Leong, 29, berkata kakaknya berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook sebelum ditawarkan pekerjaan di Singapura.

Menurutnya, kakak yang menganggur selepas berhenti kerja di Seremban, Negeri Sembilan, pada September tahun lalu terpedaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan gaji bulanan 3,000 dolar Singapura (kira-kira RM10,000).



"Pada 1 Mac, kakak menaiki penerbangan ke Singapura sebelum menaiki penerbangan ke Bangkok. Selepas itu, kakak dibawa menaiki kenderaan memasuki Myanmar.

"Kami sekeluarga tidak tahu kakak ke sana (Myanmar) kerana dia beritahu ke Singapura. Saya hanya mengetahuinya selepas menerima panggilan daripada kakak yang meminta tolong pada 5 Mac lalu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang Keadilan Segambut, Deric Teh dan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo.

Bercerita lanjut, Leong mendakwa turut menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta wang tebusan RM50,000 bagi membebaskan kakaknya.

"Dia beri masa tiga jam untuk memasukkan wang itu tapi saya tiada jumlah wang diminta. Beberapa hari kemudian, dia hubungi saya semula minta saya membayar RM20,000 pula jika tidak mahu nyawa kakak terancam," katanya.

Berikutan itu, dia tampil membuat laporan polis dan meminta bantuan MHO kerana bimbang keselamatan kakaknya.

Sementara itu, Daniel berkata, pihaknya akan meminta bantuan Kementerian Luar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar bagi mengesan serta menyelamatkan mangsa yang dipercayai masih berada di Myawaddy.

Bagaimanapun katanya, usaha itu akan berdepan kesukaran dan mengambil masa kerana kawasan berkenaan bukan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Myanmar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... merdagangan-manusia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.215158 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list