CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 0

[Selangor] Ibu bapa kongsi duit beli kerusi kelas baharu

[Copy link]
Post time 13-3-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar hantaran yang tular di media sosial

PETALING JAYA – Sekumpulan ibu bapa berkongsi duit untuk membeli kerusi baharu buat bilik darjah anak mereka dipuji.

Melalui sebuah hantaran yang dikongsi di aplikasi X, idea membelikan kerusi baharu itu muncul susulan keadaan kerusi sedia ada yang sudah uzur.

“Sedih, kita kena beli kerusi baru untuk anak-anak kita satu kelas ni. Patutlah baju selalu kotor,” kata salah seorang penjaga di dalam kumpulan WhatsApp kelas tersebut.

Dalam tangkap layar perbualan di kumpulan WhatsApp tersebut turut memaparkan kutipan untuk membeli kerusi baharu dimulakan oleh penjaga murid-murid kelas tersebut dan mendapat sambutan ibu bapa lain dengan jumlah kutipan berjaya dikumpul berjumlah RM745.45.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji keprihatinan ibu bapa murid-murid tersebut.

“Baguslah begini. Sekolah pun duit tak banyak. Sama-sama berbakti kepada sekolah demi anak-anak,” kata Sabaq.

“Zaman aku sekolah lagi teruk, kerusi kayu kadang-kadang sebelah kaki goyang. Nak duduk pun takut-takut. Masa rehat senyap-senyap tukar kerusi dekat kelas lain, hidup persekolahan memang kena ‘survive’. Biasalah tu,” kongsi Atiqah.

“Bagus ibu bapa tak berkira nak bagi anak selesa,” kata Nuri.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah dikongsi lebih 500 kali. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... erusi-kelas-baharu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032966 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list