CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ketirisan, pemantauan lemah punca kurma Israel masuk pasaran Malaysia - PPIM

[Copy link]
Post time 13-3-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap penjualan kurma yang didakwa dari Israel.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pemantauan dan penguatkuasaan lebih menyeluruh perlu dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.

Menurutnya, ketirisan atau pemantauan yang lemah menyebabkan produk itu boleh berada di pasaran negara ini.

"Ia bukan perkara baru sebaliknya pernah berlaku penjualan barangan dari negara yang dilarang sebelum ini, tapi tetap berada di pasaran Malaysia.

"Pelbagai taktik dilakukan untuk membawa masuk (kurma) ke negara ini, kemungkinan ia diimport dari negara jiran.

"Sebab itu pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap barangan import termasuk meneliti borang deklarasi bagi mengelak ia terlepas masuk ke negara ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tular penjualan kurma didakwa dari Israel di pasaran tempatan sehingga mengelirukan pengguna.

Justeru, Nadzim berkata, pihak penguat kuasa diminta melakukan semakan terhadap produk kurma yang berada di pasaran ketika ini.

Selain itu, katanya, masyarakat juga perlu lebih peka dan memainkan peranan sebagai pengguna yang bijak dengan menyemak negara pengeluar selain kandungan dan sijil halal.

Terdahulu, media melaporkan kurma dari Israel dijual secara terang-terangan di pasaran tempatan.

Memetik laporan Berita AlHijrah, pihaknya mendapati produk kurma itu diletakkan dalam peti ais premis berkenaan selain dijual secara atas talian.

Susulan itu, penyanyi rap sensasi dan selebriti media sosial, Caprice menggesa kerajaan menyiasat isu terbabit.

Menerusi hantaran video di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, turut mempersoalkan bagaimana syarikat berkenaan boleh mengimport kurma dari Israel.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... saran-malaysia-ppim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.029954 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list