View: 4302|Reply: 0
|
[Kelantan]
101 warga asing depot Tanah Merah dihantar pulang ke negara asal
[Copy link]
|
|
Warga asing menjalani proses pemeriksaan di Depot Imigresen Tanah Merah, Tanah Merah sebelum dibawa ke KLIA semalam. FOTO IHSAN JIM
KOTA BHARU – Seramai 101 orang tahanan warga asing yang ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah, Tanah Merah dekat sini dihantar pulang ke negara asal mereka, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, kesemua tahanan dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di Selangor.
Menurutnya, warga asing itu melibatkan 46 lelaki warganegara Myanmar, 21 lelaki (Indonesia), 12 lelaki (India) dan 7 lelaki (Bangladesh).
“Selain itu, lima wanita warganegara Indonesia, lima wanita (Myanmar), dua kanak-kanak (Indonesia) selain dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan (Myanmar),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Faizal memberitahu, kanak-kanak warga asing itu masing-masing dihantar pulang bersama ibu bapa mereka.
Menurutnya, warga asing dewasa berusia dalam lingkungan 16 tahun hingga 57 tahun manakala bagi kanak-kanak pula antara setahun hingga 6 tahun.
Tambahnya, kesemua warga asing itu sebelum ini melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ang-ke-negara-asal/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|