View: 1642|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Penyelenggaraan sistem punca gambar lesen memandu jadi berbeza
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kerja penyelenggaraan sistem dikenal pasti menjadi punca paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu terbabit.
Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa perkara itu berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.
"Kami juga ingin memaklumkan bahawa perkara itu sudah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta-merta," katanya.
Menurutnya, JPJ juga mengesahkan dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu.
"Sebaliknya, segala maklumat adalah terpelihara dan selamat.
"JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emandu-jadi-berbeza |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|