View: 2366|Reply: 0
|
[Terengganu]
'PATI hendak pulang jangan guna khidmat orang tengah dalam urusan imigresen'
[Copy link]
|
|
Azhar (dua kanan) memeriksa dokumen PATI yang memohon pulang ke negara asal pada program Repatriasi Migran di Imigresen Terengganu hari ini. FOTO/BAHAROM BAKAR.
KUALA TERENGGANU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri menafikan mengenakan kompaun antara RM1,000 dan RM1,500 kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mahu menyertai Program Repatriasi Migran.
Pengarah Imigresen negeri, Azhar Abd Hamid, berkata kompaun kepada PATI yang ingin pulang ke negara asal, tanpa dikenakan tindakan hanya RM300 dan RM500, tertakluk jenis kesalahan.
Justeru itu, katanya, majikan atau pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang ke negara asal melalui program Repatriasi Migran agar tidak menggunakan orang tengah.
"Kita menegaskan tidak menerima orang tengah untuk menguruskan penghantaran balik PATI, sebaliknya PATI itu sendiri yang perlu hadir menyerahkan pelbagai dokumen diperlukan.
"Kita terkejut apabila ada di antara PATI mendakwa jumlah kompaun dikenakan antara RM1,000 dan RM1,500 ketika hadir untuk mengemukakan permohonan pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan," katanya.
Terdahulu, Azhar meninjau proses pengurusan menyiapkan dokumen penghantaran balik PATI tanpa dikenakan tindakan di Pejabat Penguatkuasa Imigresen negeri di Jalan Banggol, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, jumlah kompaun akan dikenakan antara RM300 hingga RM500 mengikut jenis kesalahan imigresen dilakukan.
Katanya, kesalahan yang dikenakan kompaun adalah memasuki negara tanpa pas adalah sebanyak RM500 dan RM300 atas kesalahan melanggar syarat pas.
"Sejak pelaksanaan Program Repatriasi Migran dilancarkan kerajaan bermula 1 Mac lalu,JIM negeri sudah memproses dan meluluskan sebanyak 320 permohonan PATI untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan pendakwaan.
Katanya, mereka akan pulang ke negara asal secara berperingkat mengikut tempahan tiket yang diuruskan sendiri.
"Kita menasihatkan PATI membuat tempahan tiket untuk pulang ke negara asal dalam tempoh 14 hari sebelum mengemukakan permohonan pulang ke negara asal," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tengah-dalam-urusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|