CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2020|Reply: 0

[Melaka] Pengunjung bazar dipaksa beli sup daging, terkejut ada telur lalat

[Copy link]
Post time 14-3-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR dimuat naik yang menunjukkan telur lalat di bahagian tulang sup daging dibeli di sebuah bazar di Semabok, Melaka.

MELAKA – Seorang pengunjung bazar meluahkan rasa kecewa dengan tindakan peniaga di Semabok dekat sini yang didakwa enggan memulangkan baki wang diberikan dan memaksanya membeli dua bekas sup daging, semalam.

Lebih mengejutkan adalah apabila juadah tersebut turut didapati mempunyai telur lalat di bahagian tulang yang dibungkuskan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, pengunjung tersebut memberitahu dia yang dalam perjalanan dari Johor Bahru telah singgah di bazar tersebut kerana teringin menikmati juadah sup daging kawah untuk berbuka puasa.

Tulisnya, juadah itu dijual pada harga RM5 sebekas dan dia telah menghulurkan wang RM10 untuk membeli cuma satu bekas, namun peniaga tersebut berkeras memintanya membeli dua bekas serta enggan memulangkan baki.

“Saya cuma nak satu bekas saja sebab hanya saya seorang yang nak makan, penjual ini tetap berkeras dengan memberikan saya satu lagi bekas sup kosong tanpa isi daging.

“Saya masih menunggu baki pulang saya tetapi pakcik ini tetap jual dua bekas tanpa daging pada saya dengan (harga) RM10, saya akur.

“Baliknya saya ke rumah nak berbuka puasa, lihat lah telur lalat selesa tinggal di dalam tulang. Ini ke yang dikatakan sedap? Daging berbau. Saya sangat terkilan dan kecewa. Mohon sesiapa yg nampak hantaran saya ini, kirimkan salam saya pada penjual. Kita jumpa di akhirat,” tulisnya.

Hantaran dimuat naik itu telah mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mementingkan diri sendiri oleh peniaga.

Seorang pengguna turut berkongsi pengalamannya membeli martabak daging di bazar sama pada harga RM7 sekeping dan kecewa apabila mendapati juadah itu hanya mempunyai isi bawang serta kentang.

“Niat nak makan martabak daging sebab kegemaran saya, jadi beli satu di gerai murtabak daging RM7, isi daging tak ada, yang ada bawang dan kentang. Berniaga la dengan ikhlas ya, jangan nak untung cepat sangat pergi haji,” luahnya.

Sementara itu, Kosmo! sedang cuba mendapatkan penjelasan peniaga terbabit mengenai dakwaan berkenaan. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ut-ada-telur-lalat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.645415 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list