CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5064|Reply: 0

[Kelantan] Sekat bas Thailand masuk Malaysia: Kelantan mahu jumpa Anthony

[Copy link]
Post time 15-3-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Sekat bas Thailand masuk Malaysia: Kelantan mahu jumpa Anthony


Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]



Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor (kiri) melawat buffet Ramadan di Hotel Perdana di sini, FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR




Kota Bharu: Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung larangan kemasukan bas dari Thailand ke negeri sempadan termasuk negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada kementerian berkenaan untuk pertemuan itu dan masih menunggu maklum balas.

Katanya, pada pertemuan itu nanti, bukan membabitkan Kelantan sahaja sebaliknya beberapa negeri yang bersempadan dengan Thailand termasuk Perak, Kedah dan Perlis yang berdepan isu sama.

"Sebenarnya kita baru mendapat maklumat daripada ejen pelancongan Selatan Thailand yang memaklumkan mereka tidak dibenarkan masuk ke Kelantan dan negeri sempadan yang lain menggunakan bas dari negara berkenaan.

"Mereka hanya dibenarkan masuk menggunakan kenderaan lain termasuk van dan sebagainya, manakala bas tidak dibenarkan. Larangan itu dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Mengikut fahaman kita, larangan berkenaan dibuat kerana mahu memberi peluang kepada pengusaha pengangkutan di Malaysia, namun isu yang berlaku pengangkutan bas kita sendiri pun tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat buffet Ramadan di Hotel Perdana, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut katanya, larangan berkenaan turut menjejaskan bilangan pelancong dari Selatan Thailand ke negeri sempadan termasuk Kelantan.

"Ini kerana kita dimaklumkan ramai pelancong yang mahu masuk ke Kelantan namun disebabkan larangan menggunakan bas, bilangan kemasukan berkurangan.

"Saya yakin sekiranya mereka dibenarkan masuk dengan bas, jumlah pelancong dari Thailand ke Kelantan meningkat seratus peratus kerana rakyat dari negara berkenaan suka membeli belah di pasaraya Kelantan.

"Sepatutnya larangan berkenaan tidak dibuat memandangkan kita sendiri dibenarkan masuk ke Thailand menggunakan bas, kenapa pula kita perlu sekat mereka yang mahu masuk dengan bas ke Malaysia?," katanya.

Katanya yang turut yakin kemasukan pelancong dari Thailand juga menyumbang kepada sasaran Kelantan seramai 10 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024).
.



Disiarkan pada: Mac 15, 2024 @ 8:25am








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040465 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list