|
Noraini menyusun mek comel warisan di gerainya di bazar ramadan Bukit Bayas, semalam. FOTO BAHAROM BAKAR
Kuala Terengganu: Apabila disebut kuih mek comel warisan, pasti penggemar makanan tradisional terbayang gula dijadikan inti, cair selepas digigit yang menjadi pilihan juadah berbuka di bulan Ramadan
Pengusaha kuih mek comel, Noraini Mohd Lazim berkata, biarpun mengalami kenaikan harga barang mentah terutama ubi keledek, pihaknya masih mengekalkan harga lama.
Malah katanya, bagi menyahut seruan kerajaan kurangkan manisan, pihaknya hanya menggunakan lima kilogram gula sebagai inti untuk 400 hingga 500 kuih itu.
"Ubi keledek dicincang kecil akan dicuci sebelum menjalani proses rebusan. Ia akan diuli dengan campuran tepung gandum dan mentega.
"Kita akan pastikan minyak masak betul-betul panas ketika proses menggoreng bagi memastikan mek comel warisan tidak pecah, selain gula yang dijadikan inti cair," katanya ketika ditemui di gerainya di bazar ramadan di Kampung Bukit Bayas, di sini, semalam.
Noraini atau lebih mesra dengan panggilan Nani Mek Comel, berkata dia masih mengekalkan harga lama iaitu lima biji dijual pada harga RM3.
"Walaupun berlaku kenaikan bahan asas seperti ubi keledek, tepung gandum selain kesukaran mendapatkan minyak masak, tetapi kita masih mengekalkan harga lama.
"Setiap hari 10 ubi keledek digunakan untuk menghasilkan antara 400 hingga 500 kuih mek comel warisan," katanya yang memperoleh pendapatan hasil jualan antara RM600 dan RM700 sehari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lama-kurangkan-gula |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|