|
Penjual, Wan Asmanira Wan Awang, 46, menunjukkan pulut bakar untuk dijual kepada pelanggan sebagai juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan, Kuala Besut. FOTO GHAZALI KORI
Besut: Pulut bakar antara kuih tradisional yang menjadi pilihan sepanjang Ramadan terutama di sekitar Besut dan Kelantan.
Aroma wangi daripada cengkih dan santan mampu membangkitkan selera mereka yang menikmati juadah ini.
Penjual, Wan Asmanira Wan Awang, 46, berkata, dia sudah menjual pulut bakar hampir 20 tahun selepas mempelajari sendiri resipi hidangan itu.
Katanya, tidak banyak bahan diperlukan untuk membuat pulut bakar kerana ia hanya memerlukan pulut, santan, bunga cengkih, gula, daun pisang dan sedikit garam.
"Selepas dibasuh, pulut dikukus bersama bunga cengkih bagi membangkitkan bau wangi daripada cengkih itu.
"Sebaik siap dikukus, pulut itu dicampurkan bersama gula, sedikit garam serta santan dan dimasak sehingga semua bahan sebati.
"Apabila siap, pulut disejukkan terlebih dahulu sebelum dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk bulat," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kuala Besut di sini.
Wan Asmanira berkata, bunga cengkih adalah bahan wajib yang perlu ada kerana ia menjadi 'trade mark' pulut bakar.
Katanya, setiap pulut bakar dijual dengan harga RM2 sebiji manakala RM5 untuk tiga biji.
"Selain pulut bakar, saya turut menjual pulut lepa atau pulut panggang yang mempunyai tiga inti iaitu ikan, ayam dan daging.
"Pulut lepa berinti ikan dijual dengan harga RM1 sebiji (RM5 untuk enam biji) manakala pulut lepa berinti daging dan ayam pula dijual dengan harga RM1.50 sebiji (RM4 untuk tiga biji).
"Selain berniaga di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa, saya turut berniaga di pasar minggu di sekitar Besut dengan menjual hidangan yang sama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... de-mark-pulut-bakar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|