CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2928|Reply: 0

[Kelantan] Pelajar jururawat hilang dari kolej sejak tiga minggu lalu

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Maznah dan suaminya Mohd Najib Hussin, 46, menunjukkan salinan laporan polis dan gambar anak mereka, Nor Diana Mohd Najib, 21, yang hilang sejak tiga minggu lalu.

TUMPAT: Seorang penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kampus Alor Setar, Kedah dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu.

Nor Diana Mohd Najib, 21, sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Perumahan KTMB Tumpat di sini, pada 29 Februari lalu ketika cuti pertengahan semester, namun tidak berbuat demikian malah sehingga kini gagal dikesan keluarga.

Ibunya, Maznah Ismail, 44, berkata, dia menyedari kehilangan anak kedua dari empat beradik itu apabila gagal menghubungi gadis terbabit yang juga penuntut tahun pertama Diploma Kejururawatan.

"Awal bulan ini, saya ada menghubungi Diana namun gagal dan cuba bersangka baik mungkin dia ingin fokus kepada pengajian tetapi beberapa hari selepas itu juga masih tidak berjawab menyebabkan kami menelefon penyelia kolej.



"Alangkah terperanjatnya apabila dimaklumkan pelajar sedang bercuti selama 10 hari bermula 29 Februari dan kami menjadi cemas kerana Diana masih gagal dikesan.

"Pada 7 Mac lalu, Diana ada menelefon saya menerusi Whatsapp dan saya bertanyakan adakah dia tidak ingin pulang ke rumah (cuti pertengahan semester), dan dia menjawab tidak tahu sambil menangis," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Maznah berkata, anaknya yang mesra disapa 'kakak' juga memberitahu ingin berhenti belajar dan mencari kerja lain, sedangkan Nor Diana sangat meminati kerjaya jururawat, hingga sanggup berulang kali menduduki peperiksaan kelayakan.

Katanya, sebelum ini Nor Diana mengakui ada mengenali seorang wanita bernama Ika melalui Instagram dan dalam panggilan terakhir itu juga, Maznah sempat bercakap dengan Ika yang mendakwa berasal dari Meru, Perak dan katanya Nor Diana hanya ingin menumpang rumahnya selama dua hari sahaja sebelum panggilan diputuskan.

"Itulah kali terakhir saya bercakap dengan kakak. Selepas itu beberapa kali hanya berhubung menerusi Whatsapp sahaja, namun apa yang menghairankan, pertanyaan kami hanya dibalas ringkas sahaja dan ayatnya juga sangat berbeza.

"Kakak juga membahasakan diri sebagai 'saya' dalam Whatsapp, membuatkan kami yakin bukan dia yang berkomunikasi dengan kami. Kami semakin buntu sekarang apabila Telegram, Intagram serta Whatsapp kakak sudah tiada," katanya.

Maznah berkata, mereka sudah membuat laporan di Balai Polis Tumpat dan ia dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah namun sehingga kini pihaknya belum menerima khabar positif mengenai kehilangan Nor Diana.

Katanya lagi, dia juga sudah pergi ke kolej kediaman anaknya di ILKKM kampus Alor Setar pada 10 Mac lalu untuk bertemu tenaga pengajar serta rakan Nor Diana dalam usaha menjejaki remaja itu tapi tetap hampa malah ada juga merujuk beberapa ustaz yang memberitahu Nor Diana sebenarnya ingin pulang tapi terhalang oleh seseorang.

"Kami sudah buntu tapi dalam masa yang sama tidak henti solat hajat dan berdoa mengharapkan kakak selamat dan kembali ke pangkuan kami dalam masa terdekat sekaligus meneruskan pengajiannya sebelum apa-apa tindakan diambil menjelang 27 Mac ini," katanya yang boleh dihubungi di talian 0179343461.
https://www.bharian.com.my/berit ... ak-tiga-minggu-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044032 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list