CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5317|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

[Copy link]
Post time 19-3-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 19-3-2024 04:24 PM


Tiga produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga produk kosmetik didapati mengandungi racun berjadual boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Tiga produk berkenaan adalah ‘Toner Treatment EWSB’ dikesan mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin, ‘N Glow EWSB’ degan racun berjadual Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

Manakala bagi produk ‘Glory Cosmetics Facecream’ mengandungi racun berjadual jenis Merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, NPRA menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.

Jelasnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Tretinoin pula, menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Bagi Betamethasone 17-Valerate pula, bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat,” ujarnya.

Muhammad Radzi mengingatkan penjual dan pengedar menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik berkenaan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Manakala, bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gi-racun-berjadual/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list